Sunday, August 23, 2009
- New Hobby..Baking!
Salam Ramadhan al Mubarak!sejak dua menjak ni ada hobi baru iaitu baking, tu yang malas sangat nak pi tadika. hehehe Semalam buat cheesetart dengan ummi untuk berbuka puasa bersama tokma, tapi terlupa nak amek gambo masa tengah masak. Kalut sikit sebab bawak gi umah nenek kat Alor Setar. Tapi ada 4 ketul aje yang sempat diselamatkan dan sempat Ibah amek gambar sebelum makan dan yang Ibah simpan kat umah. Nanti Ibah buat lagi ya. Sedaaap sangat. Ibah cuma buat bulat2 dan tekan kat dalam loyangnya. Ummi yang letak inti. Seronok juga. Nanti Ibah nak buat jual la, tapi tatau sape nak beli sebab comot aje lagi cheesetart Ibah ni. Ummi letak blueberry banyak-banyak sampai tenggelam cheese nya. Berlubang jadinya. heh! Yang ini Ibah ngah buat buttercake...tapi bila kek dah masak..Ibah lupa nak amek gambarsebab habis dimakan oleh semua orang. hehe sedang menabur coklat rice dalam mixer Thursday, July 30, 2009
- Happy Besday Tok Ayah
Happy Besday Tok ayah yang ke 57, semoga diberkati dan dirahmati. Kami makan-makan kat Radix Chicken Houseadik Tasneem yang baru leh berjalan Sunday, June 21, 2009
- Cuti-cuti Malaysia Part 111
Hai semua...Cuti Ibah belum habis lagi nih! lepas balik dari KL, Ibah terus ikut baba, ummi n adik Tasneem balik Penang pula. Ada kenuri kawen aunty Nawal. Ibah panggil aunty Y. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() SELAMAT PENGANTIN BARU AUNTY Y!!
- Cuti-cuti Malaysia Part 11
ok sambung semula...haritu Ibah kena ikut Tok Ayah melawat anak-anak murid tok ayah yang buat praktikal kat Johor. Ibah lupa nama tempat tu. Nanti Ibah nak ingat semula. Haaa... nama tempat tu Aeroponic Park ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Wednesday, June 10, 2009
- Cuti-cuti Malaysia Part 1
Cuti sekolah ni Ibah jalan-jalan selama seminggu dengan tok ayah,tok ummi, ciknah, cik qis,Cik Denz n cik Afar. Kalini paling lama Ibah bercuti. seminggu woo.Nak tau kami ke mana? haa.... tengok ni.![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Tuesday, April 14, 2009
- Ibah berlatih posing macam model
![]() ![]() ![]() Friday, February 13, 2009
- Celoteh Ibah (1)
Baba baru balik dari keje, singgah ambil Ibah di tadika. Tetiba Ibah buat perangai sikit. Dok merengek itu ini kat ummi dan baba yang keletihan baru balik dari kerja.Ibah : Baba, Ibah nak air sirap! Baba : Ibah turunla minta dekat Kak Neni Ibah : Ibah nak suruh baba jugak! Baba : Baba letihla, baba nak rehat sekejap jer, baba letih sangat nie baru balik keje. Ibah : Baba tak payah pergi keje! Baba : Terkedu tak tau nak jawab apa. Ayat Ibah kali ni memang power. Baba insaf. Labels: celoteh Saturday, January 03, 2009
- Kaler-kaler
Ibah dah bosan kaler-kaler dekat buku. Ibah bgtau baba yang Ibah nak kaler-kaler dekat komputer pula. Ni la hasil kaler-kaler Ibah. Ibah kaler online guna laptop baba.Labels: tadika Sunday, November 09, 2008
- Ihtifal 2008
Hai..lama Ibah tak update blog...maklumla sibuk sikit dengan peperiksaan hujung tahun dan juga persiapan untuk majlis sambutan Ihtifal Pusat Didikan Huda.![]() Persembahan Nasyid Demi Matahari ![]() suara gerenti tak keluar punyer Labels: tadika Saturday, November 01, 2008
- Kursus Gosok Gigi
Harini Ibah dan ummi hadiri Ceramah mengenai penjagaan gigi anak-anak pra sekolah anjuran Jabatan Kesihatan Pergigian Negeri Perlis di dewan Sek Arau. Ummi kena dengar ceramah. Ibah kena ikut pertandingan mewarna kategori 4 tahun. Kena kaler buah manggis sampai lenguh-lenguh tangan ibah. Sebab besar sangat gambar dia. isskk...Lepas mewarna, Ibah dengar cerita puppet oleh jururawat. Lepastu belajar gosok gigi cara yang betul.Ibah tak sangka pertandingan mewarna Ibah dapat no. 2 kategori 4 tahun. Tak sia-sia Ibah datang. hehe. Labels: cerita Friday, October 10, 2008
- Iqra' versi Powerpoint
Zaman dah berubah.......budak tak masuk tadika lagi dah pandai klik komputer......entah cemane la Ibah terdedah dengan games dalam komputer...sampai satu hari tu nak main sangat-sangat games, Ibah pi tanya baba, nak bukak games dalam files mana? Huhu..advance betul budak-budak zaman sekarang... Mujurla ada juga Iqra' dalam komputer.....boleh channelkan Ibah kepada Iqra' ![]() siap ada penunjuk lagi tu, tak cukup dengan mouse ![]() Ibah baru Iqra' 1, tapi dekat-dekat nak abis dah...... Labels: tadika
- Raya di Tadika Huda
Hari ni ada jamuan hari raya di tadika. Mujurla baba buka beg Ibah dan jumpa surat bagitahu suruh pakai baju raya dan bawa kuih raya, kalau tidak Ibah sorang je la yang tak pakai baju raya. Ibah dah kata suruh baba pergi dulu tadika tengok kawan-kawan pakai tak baju sekolah.![]() putera puteri Pusat Didikan Huda Arau bergambar dengan baju raya masing-masing Labels: tadika Sunday, October 05, 2008
- Jalan-jalan raya
depan masjid kristal, pose model cilik hari raya bersama sepupu ![]() kat KLIA g hantar CikAisyah balik Ireland Labels: famili Wednesday, October 01, 2008
- Salam Aidil Fitri
Selamat Hari Raya dari keluarga IbahLabels: famili Thursday, August 28, 2008
- Jalan-jalan ajer
Harini Sabtu, cuti. Ibah pi Alor Setar jalan-jalan kat Tesco baru tu. Baba ada kerja kat Petronas, dah siap kerja baba, baba janji nak bawak kami jalan-jalan. Ibah, ummi, adik Tasneem pun ikutla.Lepastu Hari Selasa Ibah balik umah tokma kat Bukit Mertajam sebab ummi mengundi kat Permatang Pauh. Ibah pesan kat ummi, suruh ummi pilih bendera yang bentuk 'mata' tau. Jangan pilih 'kapal'. Ummi tergelak. Baba pun gelak. Baba tanya kenapa takleh pilih bendera bentuk 'kapal'? Ibah kata, nanti tok ummi marah. hehe. ![]() Ibah, ummi ngan adik Tasnem. Adik Tasneem nampak mata aje dlm troli tu. Baba malas nak bawak stroller, jadi adik tasneem kena la tido dalam troli tesco. Semua orang heran tengok.haha.apesal ek?? ![]() ![]() ![]() ni kat penang, kat Jusco Bandar Perda baru dibuka. Dekat ajer ngan umah tokma. Nanti Ibah leh la selalu ajak tokma kalo baba n ummi tinggal Ibah kat umah tokma nanti. hehe. plan baik punya dengan tokma. ![]() Laksa Shack, restoran peberet ummi n baba. ![]() Baba beli basikal exercise sebab baba kata tak sempat nak jogging. Ummi pulak kata, ummi nak kena exercise sebab ummi dah gemuk. hehe. Ibah juga yang kurus dan slim. Labels: jalan-jalan |
![]() ![]() de nusaybah princess
my name is wan raiyan nusaibah. lovely daughter of wan saifuddin & najah farahin. gotta get adik soon. my birthdate is 19 september 2004. schooling at tadika huda arau, perlis. loves PINK very much!
borak-borak
![]() family love ♥
baba umi adik auntie & uncles
cik syah cik nah cik den cik qih cik afa flickr
ade orang datang!
|