<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d12213071\x26blogName\x3dnusaybah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://nusaybah.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://nusaybah.blogspot.com/\x26vt\x3d-7189985840331022032', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Sunday, August 23, 2009 - New Hobby..Baking!
Salam Ramadhan al Mubarak!

sejak dua menjak ni ada hobi baru iaitu baking, tu yang malas sangat nak pi tadika. hehehe

Semalam buat cheesetart dengan ummi untuk berbuka puasa bersama tokma, tapi terlupa nak amek gambo masa tengah masak. Kalut sikit sebab bawak gi umah nenek kat Alor Setar. Tapi ada 4 ketul aje yang sempat diselamatkan dan sempat Ibah amek gambar sebelum makan dan yang Ibah simpan kat umah.
Nanti Ibah buat lagi ya. Sedaaap sangat. Ibah cuma buat bulat2 dan tekan kat dalam loyangnya. Ummi yang letak inti. Seronok juga. Nanti Ibah nak buat jual la, tapi tatau sape nak beli sebab comot aje lagi cheesetart Ibah ni. Ummi letak blueberry banyak-banyak sampai tenggelam cheese nya. Berlubang jadinya. heh!


Yang ini Ibah ngah buat buttercake...tapi bila kek dah masak..Ibah lupa nak amek gambarsebab habis dimakan oleh semua orang. hehe


sedang menabur coklat rice dalam mixer


Thursday, July 30, 2009 - Happy Besday Tok Ayah
Happy Besday Tok ayah yang ke 57, semoga diberkati dan dirahmati. Kami makan-makan kat Radix Chicken House

Tok ayah ,Tasneem n Ibah


adik Tasneem yang baru leh berjalan

ini maid merangkap bespren Ibah, Kak Neni




Sunday, June 21, 2009 - Cuti-cuti Malaysia Part 111
Hai semua...
Cuti Ibah belum habis lagi nih!
lepas balik dari KL, Ibah terus ikut baba, ummi n adik Tasneem balik Penang pula. Ada kenuri kawen aunty Nawal. Ibah panggil aunty Y.

banyaknya hantaraann.... sedap-sedap pulak tu.

ummi n tokma sedang melihat hantaran. ummi kata dia nak buah laici tu. hehe

Lepak-lepak kat umah kenduri sambil memerhatikan tetamu
aduh...kami sudah kebosanan.huhu.

SELAMAT PENGANTIN BARU AUNTY Y!!



- Cuti-cuti Malaysia Part 11
ok sambung semula...

haritu Ibah kena ikut Tok Ayah melawat anak-anak murid tok ayah yang buat praktikal kat Johor. Ibah lupa nama tempat tu. Nanti Ibah nak ingat semula. Haaa... nama tempat tu Aeroponic Park
Berjalan-jalan dengan Cik Nah sambil melihat tanaman...

Lepas tu balik KL semula hantar Cik Afar pergi program Leaders kat Sek Islam Adni.

Lepastu kami semua ke airport hantar Cik Jah sekeluarga pergi France. Ibah sempat bagi hadiah kat Umar n Fatimah. Harap diorang suka. Ummi bungkuskan.Babai Umar n Fatimah. Ibah akan sentiasa merindui korang...


Wednesday, June 10, 2009 - Cuti-cuti Malaysia Part 1
Cuti sekolah ni Ibah jalan-jalan selama seminggu dengan tok ayah,tok ummi, ciknah, cik qis,Cik Denz n cik Afar. Kalini paling lama Ibah bercuti. seminggu woo.Nak tau kami ke mana? haa.... tengok ni.

memula pi Putrajaya, makan kenuri sedara Tok ummi, pastu terus ke Batu Pahat, Johor. Ibah dah sampai dah Johor. Ummi jeles, sebab ummi pun tak pernah sampai Johor lagi. Baba, ummi dan adik tasneem tak ikut. Ibah sorang je pegi. Pergi Batu Pahat sebab ikut tok ayah melawat student Uitm yang buat praktikal. Kami tinggal kat umah Toksu Mah. Adik bongsu Tok Ayah.

Mak mertu Toksu Mah buat bisnes batu nesan. Insaf Ibah dok kat sini. Teringatkan mati yang semakin hampir....
Ini mak mertua Toksu Mah. Ibah panggil nenek. Best umah nenek. besar...
Singgah membeli kerepek di Air Itam... tunggu ya gambar seterusnyaaa....





Tuesday, April 14, 2009 - Ibah berlatih posing macam model





Friday, February 13, 2009 - Celoteh Ibah (1)
Baba baru balik dari keje, singgah ambil Ibah di tadika. Tetiba Ibah buat perangai sikit. Dok merengek itu ini kat ummi dan baba yang keletihan baru balik dari kerja.

Ibah : Baba, Ibah nak air sirap!
Baba : Ibah turunla minta dekat Kak Neni
Ibah : Ibah nak suruh baba jugak!
Baba : Baba letihla, baba nak rehat sekejap jer, baba letih sangat nie baru balik keje.
Ibah : Baba tak payah pergi keje!
Baba : Terkedu tak tau nak jawab apa. Ayat Ibah kali ni memang power. Baba insaf.

Labels:




Saturday, January 03, 2009 - Kaler-kaler
Ibah dah bosan kaler-kaler dekat buku. Ibah bgtau baba yang Ibah nak kaler-kaler dekat komputer pula. Ni la hasil kaler-kaler Ibah. Ibah kaler online guna laptop baba.


Labels:




Sunday, November 09, 2008 - Ihtifal 2008
Hai..lama Ibah tak update blog...maklumla sibuk sikit dengan peperiksaan hujung tahun dan juga persiapan untuk majlis sambutan Ihtifal Pusat Didikan Huda.



Persembahan Nasyid Demi Matahari

Ibah jadi solo ooo, hehe...xdela duduk sebelah solo jer, kalu jadi solo,
suara gerenti tak keluar punyer

Majlis penyampaian hadiah, Ibah malu-malu pulak nak ambil hadiah.....

Eh. ummi...baba.....Ibah dapat nombor satu la....


Labels:




Saturday, November 01, 2008 - Kursus Gosok Gigi
Harini Ibah dan ummi hadiri Ceramah mengenai penjagaan gigi anak-anak pra sekolah anjuran Jabatan Kesihatan Pergigian Negeri Perlis di dewan Sek Arau. Ummi kena dengar ceramah. Ibah kena ikut pertandingan mewarna kategori 4 tahun. Kena kaler buah manggis sampai lenguh-lenguh tangan ibah. Sebab besar sangat gambar dia. isskk...

Lepas mewarna, Ibah dengar cerita puppet oleh jururawat. Lepastu belajar gosok gigi cara yang betul.Ibah tak sangka pertandingan mewarna Ibah dapat no. 2 kategori 4 tahun. Tak sia-sia Ibah datang. hehe.


Labels:




Friday, October 10, 2008 - Iqra' versi Powerpoint
Zaman dah berubah.......

budak tak masuk tadika lagi dah pandai klik komputer......entah cemane la Ibah terdedah dengan games dalam komputer...sampai satu hari tu nak main sangat-sangat games, Ibah pi tanya baba, nak bukak games dalam files mana? Huhu..advance betul budak-budak zaman sekarang...

Mujurla ada juga Iqra' dalam komputer.....boleh channelkan Ibah kepada Iqra'


siap ada penunjuk lagi tu, tak cukup dengan mouse


Ibah baru Iqra' 1, tapi dekat-dekat nak abis dah......


Labels:




- Raya di Tadika Huda
Hari ni ada jamuan hari raya di tadika. Mujurla baba buka beg Ibah dan jumpa surat bagitahu suruh pakai baju raya dan bawa kuih raya, kalau tidak Ibah sorang je la yang tak pakai baju raya. Ibah dah kata suruh baba pergi dulu tadika tengok kawan-kawan pakai tak baju sekolah.

peace...!!!!

awat lena tu Ibah, sambil dok makan



putera puteri Pusat Didikan Huda Arau bergambar dengan baju raya masing-masing

Labels:




Sunday, October 05, 2008 - Jalan-jalan raya

depan masjid kristal, pose model cilik


hari raya bersama sepupu


kat KLIA g hantar CikAisyah balik Ireland

Labels:




Wednesday, October 01, 2008 - Salam Aidil Fitri
Selamat Hari Raya dari keluarga Ibah

Labels:




Thursday, August 28, 2008 - Jalan-jalan ajer
Harini Sabtu, cuti. Ibah pi Alor Setar jalan-jalan kat Tesco baru tu. Baba ada kerja kat Petronas, dah siap kerja baba, baba janji nak bawak kami jalan-jalan. Ibah, ummi, adik Tasneem pun ikutla.

Lepastu Hari Selasa Ibah balik umah tokma kat Bukit Mertajam sebab ummi mengundi kat Permatang Pauh. Ibah pesan kat ummi, suruh ummi pilih bendera yang bentuk 'mata' tau. Jangan pilih 'kapal'. Ummi tergelak. Baba pun gelak. Baba tanya kenapa takleh pilih bendera bentuk 'kapal'? Ibah kata, nanti tok ummi marah. hehe.


Ibah, ummi ngan adik Tasnem. Adik Tasneem nampak mata aje dlm troli tu. Baba malas nak bawak stroller, jadi adik tasneem kena la tido dalam troli tesco. Semua orang heran tengok.haha.apesal ek??




ni kat penang, kat Jusco Bandar Perda baru dibuka. Dekat ajer ngan umah tokma. Nanti Ibah leh la selalu ajak tokma kalo baba n ummi tinggal Ibah kat umah tokma nanti. hehe. plan baik punya dengan tokma.

Laksa Shack, restoran peberet ummi n baba.


Baba beli basikal exercise sebab baba kata tak sempat nak jogging. Ummi pulak kata, ummi nak kena exercise sebab ummi dah gemuk. hehe. Ibah juga yang kurus dan slim.

Labels:





de nusaybah


princess
my name is wan raiyan nusaibah. lovely daughter of wan saifuddin & najah farahin. gotta get adik soon. my birthdate is 19 september 2004. schooling at tadika huda arau, perlis. loves PINK very much!



borak-borak

hit counter



family love ♥
baba
umi
adik

auntie & uncles
cik syah
cik nah
cik den
cik qih
cik afa

flickr
www.flickr.com
wansaif's items Go to wansaif's photostream
ade orang datang!
track web hit



Layout © nusaybah.blogspot.com