|
Seronok juga cuti 3 hari. Sabtu, Ahad dan Isnin. Ibah leh bangun lambat :). Ibah dapat tido ngan Cik Qis n Cik Nah dalam bilik aircond kat belakang sambil tok ayah dok marking paper student. Best betul. Sejuk aje sampai Ibah bangun nak dekat tengahari. hehe.
Bangun pagi, Ibah mintak 'OON' kat ummi. Ummi tanya apebenda tu. Ibah kata nak makan oon laa... yang tok umi selalu buat untuk Ibah tu. Ummi berkerut muka, "oon apeke menda Ibah ni, ummi tak faham la". isk ummi ni... jom Ibah tunjukkan kat dapur. "Ini ha oon."
"La....ini bukan oon... ini "oat" la". Ummi gelak kuat-kuat. Sampai hati ummi gelakkan Ibah. huhu. oo... rupanya oat, bukan oon... ibah yang salah sebut.hehe
Sabtu haritu Ibah, ummi ngan baba pi tadika amek report card Ibah. Cikgu ada bercerita dengan ummi pasal Ibah. Ibah tak dengar pun sebab Ibah main ngan kawan-kawan kat luar. Harap-harap cikgu cerita benda baik aje pasal Ibah kat ummi.hehe.
|

de nusaybah
|